Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, saya memulakan
bicara kata yang telah Allah anugerahkan ini.untuk ‘additional
information’, Ini bukanlah kali pertama saya menulis ‘blog’,dah hampir 3 blog
yang telah dicoretkan oleh diri ini tanpa tujuan yang jelas.Sememangnya,
menulis bukan mudah dan bukan susah juga. Perlu kepada TUJUAN atau MATLAMAT
yang mendekatkan diri kita pada Tuhan Yang Satu.Moga-moga apa yang di tulis
dalam blog ini memberi manfaat walau dengan sepotong kalimah.
Untuk penjelasan buat sahabat-sahabat,yang dimaksudkan dengan
dzat al nithaqayn ini adalah gelaran yang diberikan kepada Asma’ bt Abu Bakar
yakni anak kepada salah seorang Sahabat Nabi yang diberi jaminan syurga.kenapa
mesti memilih Asma’?kenapa bukan Siti Khadijah,Aisyah atau para serikandi Islam
yang lain?hal ini kerana Allah telah mengilhamkan kepada mak dan ayah untuk
menamakan saya Noor Asmaa. Moga-moga ada ‘cahaya’ Asma’ bt Abu Bakar dalam diri
yang penuh ketidakmatangan ini.
Kisah Asma’ bt Abu Bakar yang penuh hikmah membuka mata hati
saya.Bagaimana seorang wanita yang di anugerahkan Allah umur yang panjang serta
kecerdasan akal yang bijaksana.Beliau masyhur dengan kisah semasa penghijrahan
Nabi Muhammad bersama ayahnya Abu Bakar. Dialah yang mengirimkan bekalan
makanan dan minuman kepada mereka. Lantaran peristiwa inilah, Asma’ digelar
sebagai “dzatun nithaqain” yang membawa maksud wanita yang mempunyai dua ikat
pinggang.
Gelaran ini diberikan ketika Asma’ hendak mengikat karung
makanan dan tempat minuman yang akan dikirim kepada Rasulullah dan Abu Bakar.
Pada waktu itu, Asma’ tidak memiliki tali untuk mengikatnya, maka dia memotong
ikat pinggangnya menjadi dua,satu untuk mengikat karung makanan dan satu lagi
untuk mengikat tempat air minum.
Ketika Rasulullah mengetahui hal ini, baginda berdoa semoga
Allah akan menggantikan ikat piinggang Asma’ dengan dua ikat pinggang yang
lebih baik dan indah di syurga.
Asma’ berkahwin dengan Zubir bin Awwam, seorang pemuda dari
golongan biasa yang tidak memiliki harta, kecuali seekor kuda. Namun demikian,
Asma’ tidak kecewa. Dia tetap setia melayan suaminya.Apabila suaminya sibuk
menyebarkan tugas daripada Rasulullah, Asma’ tidak segan merawat dan menumbuk
biji kurma untuk makanan kuda suaminya. Hasil perkahwinannya, Allah
menganugerahi mereka seorang anak yang cerdas yang diberi nama Abdullah bin
Zubir.
Begitulah serba sedikit tentang Asma’ bt Abu bakar yang juga ada
meriwayatkan hadis.moga ada ‘cahaya’ Asma’ bt Abu Bakar dalam diri kita.