RSS
Container Icon

Ada Apa Dengan Dzat Al-Nitsaqayn??


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, saya memulakan bicara kata yang telah Allah  anugerahkan ini.untuk ‘additional information’, Ini bukanlah kali pertama saya menulis ‘blog’,dah hampir 3 blog yang telah dicoretkan oleh diri ini tanpa tujuan yang jelas.Sememangnya, menulis bukan mudah dan bukan susah juga. Perlu kepada TUJUAN atau MATLAMAT yang mendekatkan diri kita pada Tuhan Yang Satu.Moga-moga apa yang di tulis dalam blog ini memberi manfaat walau dengan sepotong kalimah.


Untuk penjelasan buat sahabat-sahabat,yang dimaksudkan dengan dzat al nithaqayn ini adalah gelaran yang diberikan kepada Asma’ bt Abu Bakar yakni anak kepada salah seorang Sahabat Nabi yang diberi jaminan syurga.kenapa mesti memilih Asma’?kenapa bukan Siti Khadijah,Aisyah atau para serikandi Islam yang lain?hal ini kerana Allah telah mengilhamkan kepada mak dan ayah untuk menamakan saya Noor Asmaa. Moga-moga ada ‘cahaya’ Asma’ bt Abu Bakar dalam diri yang penuh ketidakmatangan ini.


Kisah Asma’ bt Abu Bakar yang penuh hikmah membuka mata hati saya.Bagaimana seorang wanita yang di anugerahkan Allah umur yang panjang serta kecerdasan akal yang bijaksana.Beliau masyhur dengan kisah semasa penghijrahan Nabi Muhammad bersama ayahnya Abu Bakar. Dialah yang mengirimkan bekalan makanan dan minuman kepada mereka. Lantaran peristiwa inilah, Asma’ digelar sebagai “dzatun nithaqain” yang membawa maksud wanita yang mempunyai dua ikat pinggang.


Gelaran ini diberikan ketika Asma’ hendak mengikat karung makanan dan tempat minuman yang akan dikirim kepada Rasulullah dan Abu Bakar. Pada waktu itu, Asma’ tidak memiliki tali untuk mengikatnya, maka dia memotong ikat pinggangnya menjadi dua,satu untuk mengikat karung makanan dan satu lagi untuk mengikat tempat air minum.

Ketika Rasulullah mengetahui hal ini, baginda berdoa semoga Allah akan menggantikan ikat piinggang Asma’ dengan dua ikat pinggang yang lebih baik dan indah di syurga.


Asma’ berkahwin dengan Zubir bin Awwam, seorang pemuda dari golongan biasa yang tidak memiliki harta, kecuali seekor kuda. Namun demikian, Asma’ tidak kecewa. Dia tetap setia melayan suaminya.Apabila suaminya sibuk menyebarkan tugas daripada Rasulullah, Asma’ tidak segan merawat dan menumbuk biji kurma untuk makanan kuda suaminya. Hasil perkahwinannya, Allah menganugerahi mereka seorang anak yang cerdas yang diberi nama Abdullah bin Zubir.


Begitulah serba sedikit tentang Asma’ bt Abu bakar yang juga ada meriwayatkan hadis.moga ada ‘cahaya’ Asma’ bt Abu Bakar dalam diri kita.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment