RSS
Container Icon

syair imam syafie~



أخي لن تنال العلم إلا بستة
سأنبيك علي تفاصيلها ببيان
ذكاء و حرص و اجتهد و بلغة 
 و صحبة أستاذ و طول زمان



Bait-bait di atas adalah syair pesanan Imam As-Syafie berkenaan adab menuntut ilmu buat tatapan para penuntut ilmu.saya masih ingat,ketika di maktab Mahmud yan, seorang ustaz pernah menerapkan syair ini dalam jiwa anak muridnya melalui sebuah lagu yang masih saya ingat hingga ke hari ini. Dia seorang ustaz muda yang sangat tabah..dialah ustaz Alzasha Iliyyin Zainal Alam. Tetapi, setelah sekian lama saya menyanyikan syair ini bersama sahabat sekelas semasa tingkatan dua, baru hari ini saya memahami serba sedikit makna ataupun mesej yang ingin di sampaikan melalui bait syair di atas.Ianya adalah berkenaan adab-adab dalam kita menuntut ilmu Allah.

 Maksud bait syair di atas:

‘saudaraku,kamu sesekali tidak berupaya untuk mencapai ilmu kecuali dengan enam perkara: cerdik, keinginan yang tinggi, bersungguh-sungguh,berkemampuan,bersahabat dengan guru dan sepanjang masa’

Syair ini baru sahaja di bincangkan dalam Study Circle yakni lebih kurang sama seperti Usrah oleh kakak naqibah saya.sedikit penerangan berkenaan syair di atas,yang di maksudkan dengan cerdik itu ialah mempunyai akal fikiran.keinginan yang tinggi pula membawa maksud perlu ada minat yang mendalam untuk menuntut ilmu dalam setiap diri penuntut ilmu.kemudian, bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu yakni ada sifat tamak ilmu iaitu sentiasa berasa tidak cukup dengan ilmu yang ada. Seterusnya berkemampuan dan bergaul dengan guru-guru ialah sentiasa mendekati para alim ulama’ supaya kita mudah memahami ilmu yang di sampaikan dan memudahkan kita untuk bertanya.for the last one is sepanjang masa yang membawa maksud,menuntut ilmu bukan untuk masa yang tertentu sahaja tetapi ianya berterusan tidak mengira usia dan menuntut ilmu memerlukan tahap kesabaran yang sangat tinggi kerana ianya tidak akan pernah habis malahan semakin kita belajar,semakin banyak benda yang kita tidak tahu.Ilmu Allah itu tersangat luas.sama-sama kita terapkan 6 ciri-ciri seorang penuntut ilmu yang di bawa oleh Imam Syafie di atas. Syukran…
  





-mohon teguran andai ada salah dan silap-

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment